ღfollow me...ღ

Wednesday, August 10, 2011

ღantara lelaki dan seorang wanita..ღ

Posted by ♥MiSs WaFa♥ at 8/10/2011 02:32:00 AM 0 comments


بسم الله الر حمن الر حيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

sekian lama saya terfikirkan tentang perkara ini.antara lelaki dan seorang wanita.antara dua insan ni,ada persamaan dan ada juga perbezaan di antaranya.dari segi persamaan itulah muncul perbezaan.seperti apa yang kini bermain indah di pemikiran saya...

pertama yang saya sekian lama perhatikan...adakala mudah itu terletak pada kaum lelaki.tapi pada sesetangah perkara tidak...dalam soal keinginan,penceraian..Allah kurniakan kuasa ini pada kaum adam..tidak pada kaum hawa..ini adalah kerana kaum adam,pemikirannya jauh..tidak diselit dengan emosi.dan adakalah keinginan kaum adam ni tetap.ada perkara yang laki je boleh buat..dan tidak pada wanita..

ok..kata lah Ahmad.dia minat kat seorang wanita ni.dan dia berfikir nak ambik wanita ni jadi isteri dia.maka si Ahmad pun pergi la menyampaikan hajat dia.samada diterima atau tak diterima lain cerita.kata lah wanita tu terima pinangan Ahmad,maka settle kes.dah boleh terus kahwin..tapi cube kita terbalik kan cerita...kata la wanita ni yang minat kat Ahmad..bertahun dia tunggu Ahmad..tapi,wanita ni still tak boleh buat apa.kalau dia datang meminang pun,kalau Ahmah tak nak..maka tak ada apa makna.sebab nak melafazkan akad nanti si Ahmad..bukan wanita tu...so,wanita ni..suka macam mana pun mana-mana lelaki,tapi kalau laki ni tak ada apa-apa hasrat ke atas wanita yang meminati ni...tak de maknenya...so,solution terbaik..jagalah hati...

apa lagi yang lelaki je boleh buat???
=cerai...

lafaz cerai yang keluar dari mulut isteri,tak ada nilai.tak sah pun.peraturan Allah maha hebat dan bijaksana.sebab kalau lah kuasa cerai ni di tangan seorang isteri,maka akan berlaku penceraian di setiap minit...
apa pun yang berlaku ada hikmahnya.bersangka baiklah dengan apa yang terjadi.semua ni dah di tetapkan.redha denga qhada' qadar.insyaallah segalanya yang terbaik dari Allah.yang penting kita bersyukur dengan apa yang kita ada.manfaatkan.syukur itu lebih hebat dari sabar..kalau ada kesabaran pun belum tentu ada kesyukuran.maka lebih baik kita bersyukur kerana di dalamnya penuh kesabaran..

wallahua'lam...

Monday, May 2, 2011

✿bicara hati suami untuk sang permaisuri hati...✿

Posted by ♥MiSs WaFa♥ at 5/02/2011 01:35:00 AM 0 comments

Bissmillahirahmanirrahim....
semoga poem ini bermanfaat untuk kite semua......bacalah dengan penuh ketenangan..

Kutuliskan poem ini untuk para pejuang Islam di manapun berada. Jangan pernah meninggalkan perjuangan di jalan Allah. Betapa seluruh hajat hidup seharusnya bertumpu pada kepentingan perjuangan di jalan Allah termasuk menikah, berkeluarga, bersuami isteri. Inilah tren pernikahan yang seharusnya kita pertahankan. Wallahu a’lam

Buat manusia istimewa dalam hidup ini… dan juga isteri-isteri pejuang… serta bakal isteri seorang pejuang

Isteriku….
Apabila kusentuh telapak tanganmu…
Saat kuusap dan kurasakan guratannya,
Kudapatkan parutan kasar dan semakin kasar….
Dan ketika kupandangi wajahmu….
Terpancar sinar bahagia dan ketenangan walaupun kutahu…
Redup matamu menyimpan satu rintihan yang memberat….
Ketika kutersentak dari pembaringan di kala fajar kadzib menyingsing…
Aku terpana dengan munajatmu yang syahdu.

Isteriku…
Tatkala teman-temanmu tengah bersantai, happy fun….
Di keramaian dunia ciptaan mereka…
Engkau bahagia mengorbankan seluruh detik-detikmu….
Hanya untuk Islam dan keagungan muslimin…
Tatkala lengan-lengan mereka dibaluti…
Pelbagai hiasan yang indah…
Leher-leher mereka memberat dilingkari dengan kilauan emas berlian…
Pakaian-pakaian anggun bak puteri kayangan…
Wajah mereka dibaluti pelbagai warna dan jenama…
Kau umpama ladang ummah…
Kau menginfaqkan seluruh jiwa dan raga demi kebangkitan Islam…
Kau tak pernah bersungut-sungut, mengeluh, meminta-minta maupun mengadu domba…
Tatkala mereka berlomba-lomba mengejar pangkat dan nama…
Kau sibuk menjulang nama dengan pengaduanmu di sisi yang Esa…

Isteriku….
Bukan aku tidak mampu membelikan benda dan hiasan-hiasan tersebut…

Tetapi isteriku…
Aku masih ingat tatkala aku menyuntingmu untuk kujadikan isteri dan penghuni kamar hatiku….
Kau melafazkan satu tuntutan, “Saya siap mendampingi perjuangan ini bersama akhi tetapi dengan syarat…” Sambil tersenyum kau menghela nafas dalam-dalam….
Aku termangu sendirian… Syarat apakah itu? Bungalow kah? Hamparan tanah berhektar-hektar kah? Mobil mewahkah? Intan berliankah? Pakaian sutera yang high class? Perabot mahal dari Itali kah?… Atau honeymoon di Paris ?..

Lama kau mengumpulkan kekuatan untuk sekedar berkata…

Akhirnya…
Arghhh… Permintaanmu itu…
Pasti ditertawakan oleh kerabat dan teman-teman kita…
Aku tergugup, haru dan bangga…

Dengan penuh keyakinan kau berkata..

“Akhi , Mampukah akhi menjadikan saya sebagai isteri yang kedua ?….
Mampukah akhi menjadikan Islam sebagai isteri pertama yang lebih memerlukan perhatian?…
Mampukah akhi meletakkan kepentingan Islam melebihi segala-galanya termasuk urusan-urusan dunia?…
Mampukah akhi menjual diri semata-mata kerana Islam?..
Mampukah akhi berkorban meninggalkan kelezatan dunia?…
Mampukah akhi menjadikan Islam laksana bara api….
Akhi perlu menggenggamnya agar bara itu terus menyala…
Mampukah akhi menjadi lilin yang rela membakar diri untuk Islam..
Bukannya seperti lampu pijar yang bisa di’on’kan bila perlu dan di’off’kan bila tidak….
Mampukah akhi mendengar hinaan yang bakal dilontarkan kepada anda karena perjuangan anda….
Dan…mampukah akhi menjadikan saya isteri seorang pejuang yang tidak dimanja dengan fatamorgana dunia?…

Aduh! Banyaknya syarat-syarat itu isteriku…
Namun aku menerima syarat-syarat tersebut karena aku tahu..
Jiwamu kosong dari syurga dunia…
Karena aku tahu kau mampu mengubah dunia ini dengan iman dan akhlakmu..
Bukannya kau yang diubah oleh dunia…

Isteriku..
Akhirnya jadilah engkau penolong setiaku sebagai nakhoda mengemudi bahtera kehidupan kita…

Susah senang kita tempuh bersama…
Aku terharu dengan segala kebaikanmu…
Kau jaga akhlakmu…
Kau pelihara maruahmu selaku muslimah…
Kau tak pernah mengeluh apabila sering ditinggalkan demi tugasku menegakkan Islam ke persada agung….
Kau jua sanggup mengekang mata menungguku sambil memberikan aku suatu senyuman terindah di ambang pintu tatkala aku pulang lewat malam….
Malah kau seringkali meniupkan semangat untuk aku terus tsabat di pentas perjuangan ini….
Kau tabur bunga-bunga jihad walaupun kita masih jauh dari keharuman kemenangan…

Isteriku..
Tangkasnya engkau selaku isteri…
Biarpun kau jua sibuk bersama mengorbankan tenaga dalam perjuanganku ini..
Kau jaga relasi kita dengan indahnya…
Kau siraminya dengan wangian cinta dan kasih sayang….
Kau tak pernah menjadikan kesibukanmu itu untuk kau lari dari amanahmu meskipun jadualmu padat dengan agenda-agenda bersama masyarakat dan kaum sejenismu….
Cekalnya engkau mendidik anak-anak…
Kau kenalkan mereka dengan Allah, Rasul saw, para sahabat yang mulia serta para pejuang Islam…
Kau titipkan semangat mereka sebagai generasi pelapis jundullah…
Kau asuh mereka hidup dengan Al Quran…
Malah kau temani mereka mengulangkaji pelajaran dikala menjelang imtihan…

Isteriku…
Tangan yang mengayun buaian dapat mengguncang dunia…
Kau beri didikan dua generasi sekaligus, generasi kini dan generasi kan datang

Suamimu dan anak-anakmu dengan MAHABBAH

….WAHAI ISTERIKU….


Tuesday, January 4, 2011

ღpabila hati cemburu...ღ

Posted by ♥MiSs WaFa♥ at 1/04/2011 12:18:00 AM 0 comments
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

sudah menjadi lumrah,perasaan cemburu telah menjadi sebahagian dalam hidup kita.adakalanya perasaan ini datang tanpa diduga..dan jika perasaan ini datang,maka tersingkaplah perasaan sebenar disebaliknya..cemburu ini ada yang mengatakan ianya asas kepada perasaan cinta dan sayang.jika tiada perasan cemburu,sudah pasti perasaan cinta dan sayang itu tiada..cemburu ini terlalu banyak pembahagiannya..ada yang cemburu dengan kesenangan orang lain sehingga tertimbul perasaan hasad..tapi,disini ingin ditekankan pada cemburu kerana terlalu sayang akan sesuatu atau sesorang insan..tapi apa sekali pun,adakah kita paham apa maksud cemburu itu?lebih-lebih lagi dari sudut pandangan islamik?

Cemburu (Al-Ghairah)



Cemburu ialah kebencian seseorang untuk disamai dengan orang lain dalam hak-haknya, dan itu merupakan salah satu akibat dari buah cinta. Maka tidak ada cemburu kecuali bagi orang yang mencintai. Dan cemburu itu termasuk sifat yang baik dan bagian yang mulia, baik pada laki-laki atau wanita.

Ketika seorang wanita cemburu maka dia akan sangat marah ketika suaminya berniat kawin dan ini fitrah padanya. Sebab perempuan tidak akan menerima madunya karena kecemburuannya pada suami, dia senang bila diutamakan, sebab dia mencintai suaminya. Jika dia tidak mencintai suaminya, dia tidak akan peduli. Kita tekankan lagi disini bahwa seorang wanita akan menolak madunya, tetapi tidak boleh menolak hukum syar’i tentang bolehnya poligami. Penolakan wanita terhadap madunya karena gejolak kecemburuan, adapun penolakan dan pengingkaran terhadap hukum syar’i tidak akan terjadi kecuali karena kelalaian dan kesesatan. Adapun wanita yang solehah, dia akan menerima hukum-hukum syariat dengan tanpa ragu-ragu, dan dia yakin bahwa padanya ada semua kebaikan dan hikmah. Dia tetap memiliki kecemburuan terhadap suaminya serta ketidaksenangan terhadap madunya.

Kami katakan kepada wanita-wanita muslimah khususnya, bahwa ada bidadari yang jelita matanya yang Allah Swt jadikan mereka untuk orang mukmin di syurga. Maka wanita muslimat tidak boleh mengingkari adanya ‘bidadari’ ini untuk orang mukmin atau mengingkari hal-hal tersebut, karena dorongan cemburu. Maka kami katakan padanya :

-Dia tidak tahu apakah dia akan berada bersama suaminya di syurga kelak atau tidak.

-bahwa cemburu tidak ada di syurga, seperti yang ada di dunia.

-Bahwasanya Allah Swt telah mengkhususkan juga bagi wanita dengan kenikmatan-kenikmatan yang mereka redhai, meski kita tidak mengetahui secara terperinci.


Syurga merupakan tempat yang kenikmatannya belum pernah terlihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terdetik dalam hati manusia, seperti firman Allah Swt

["Seorangpun tidak mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyedapkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan"] As-Sajdah : 17

Oleh kerana itu, tak seorang pun mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari bidadari-bidadari penyejuk mata sebagai balasan pada apa-apa yang mereka lakukan. Dan di syurga diperoleh kenikmatan-kenikmatan bagi mukmin dan mukminat dari apa-apa yang mereka inginkan, dan juga didapatkan hidangan-hidangan, dan akan menjadi saling redha di antara keduanya sepenuhnya. Maka wajib bagi keduanya (suami-isteri) di dunia ini untuk beramal sholeh agar memperoleh kebahagiaan di syurga dengan penuh kenikmatan dan rahmat Allah Swt yang sangat mulia lagi pemberi rahmat.

Adapun kecemburuan seorang laki-laki pada keluarganya dan kehormatannya, maka hal tersebut ‘dituntut dan wajib’ baginya kerana termasuk kewajiban seorang laki-laki untuk cemburu pada kehormatannya dan kemuliaannya. Dan dengan adanya kecemburuan ini, akan menolak adanya kemungkaran di keluarganya. Adapun contoh kecemburuan dia pada isteri dan anak-anaknya, yaitu dengan cara tidak rela kalau mereka telanjang dan membuka tabir di depan laki-laki yang bukan mahramnya, bercanda bersama mereka, hingga seolah-olah laki-laki itu saudaranya atau anak-anaknya.

Anehnya bahwa kecemburuan seperti ini, di jaman kita sekarang dianggap ekstrim-fanatik, dan lain-lain. Akan tetapi akan hilang kehairanan itu ketika kita sebutkan bahwa manusia di zaman kita sekarang ini telah hidup dengan adat barat yang jelek. Dan maklum bahwa masyarakat barat umumnya tidak mengenal makna aib, kehormatan dan tidak kenal kemuliaan, kerana serba boleh (permisivisme), mengumbar hawa nafsu kebebasan saja. Maka orang-orang yang mengagumi pada akhlak-akhlak barat ini tidak mahu memperhatikan pada akhlak Islam yang dibangun atas dasar penjagaan kehormatan, kemuliaan dan keutamaan.

Sesungguhnya Rasulullah Saw telah mensifati seorang laki-laki yang tidak cemburu pada keluarganya dengan sifat-sifat yang jelek, yaitu‘Dayus’. Sungguh ada dalam hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ath-Thabraani dari Amar bin Yasir r.a, serta dari Al-Hakim, Ahmad dan Baihaqi dari Abdullah bin Amr r.a, dari Nabi Saw bahwa ada tiga golongan yang tidak akan masuk surga yaitu peminum khomr, pendurhaka orang tua dan dayus. Kemudian Nabi menjelaskan tentang dayus, yaitu orang yang membiarkan keluarganya dalam kekejian atau kerosakan, dan keharaman.

Wallahu a’lam

p/s: jika hati sudah mulai sayang,pasti cemburu itu akan datang.walaupun ada kalanya ia terasa pahit,adakalanya ia boleh jadi bukti rasa sayang kita jika ia kena pada kadar dan batasannya dan disitu pasti ada kemanisannya.moga kecemburuan kita dibatasi dengan keimanan dan ketakwaan pada Allah swt.

Ya,aku cemburu,
Cemburu melihatmu,
Sehingga aku menangis,
Mengenangkan kehinaanku..

Biarlah aku cemburu,
Kerana cemburu itu memberikan kebaikan padaku,
Dan semoga benar-benar baik untukku..

Ketahuilah cemburuku bukan pada parasmu,
Cemburuku bukan pada pangkatmu,
Bukan pada keberadaanmu,
Dan bukan jua pada keturunanmu..

Tapi cemburuku pada ketinggian ilmumu,
Cemburuku pada kuatnya pegangan agamamu,
Pada cantiknya akhlakmu,
Dan kerana Dia hadirkan hidayah buatMu..

Aku cemburu lagi..
Tatkala ada yang menyapa hatimu,
Ada yang menghulurkan salam perkenalan buatmu,
Hatimu teguh mempertahankan iman,
Imanmu kental menundukkan nafsu..

Aku menangis..
Aku cemburu..
Dan aku ingin bertekad..
Aku ingin masa yang akan meninggalkan,
Berlalu dengan diriku yang bertambah baik,
Berlalu dengan bertambahnya ilmuku,
Kerana aku ingin menjadi sepertimu..

Dan aku akan sentiasa cemburu denganmu,
Selagi dirimu tetap di atas jalanNya,
Dengan ilmu dan iman yang semakin mantap..

Namun disebalik cemburu itu,
Aku bahagia mengenalimu,
Bersyukur padaNya menemukanku denganmu,
Dan aku ingin terus mengenalimu,
Kerana aku bukan sahaja ingin cemburu denganmu,
Tapi aku juga ingin mengasihimu,
Sebanyak selayaknya aku..



Saturday, December 25, 2010

ღkenapa perlu bosan...ღ

Posted by ♥MiSs WaFa♥ at 12/25/2010 07:50:00 PM 0 comments

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

adakala satu erasaan ni akan muncul dalam hidup kita.bila dia datang je,maka berubah la mood kita..haa..apa dia benda tu?tu la kebosanan....hehehe.sebab rasa bosan yang mendalam,maka tertulislah posting ni.:puteh_5:
ehehe.BOSAN!or in other word is Boring or BORED or wHAT so Eva!!acctually,bosan a.k.a MISTA BORING is definitely not a GOOODD WORD!
jom kita bermuhasabah diri..untuk diriku juga dan untuk semua..
i found this article form one amazing magazine that is very suitable to all MUSLIM for sure.so majalah apa lagi kan yang tengah fames sekarang kalau bukan SOLUSI namanya...

"ada suara yang mengungkapkan: "boring la hidup ni!" kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauhdengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.

hakikatnya itulah jiwa yang kosong.Jiwa yang sifar matlamat.jiwa itulah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Seorang lelaki berkerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat .Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan didunia.Mereka hamba, mereka jua lah pemimpin(khalifah). Ingatlah firman Allah swt. yang bermaksud:-
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah."
(surah al-dhariyat 51:56)

Allah juga berfirman yang bermaksud:
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.' "
(surah al-baqarah 2:30)

Dua misi inilah yang akan membuatkan kita bergitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat.

(sumber:- majalah SOLUSI ISU NO 26,M/S 80)

so..apa penilaian kita?masihkah perlu ada BOSAN dalam hidup kite?
sesungguhnya kita mempunyai masa yang singkat.sehari ada 24jam..jika kita lalai,kita tak dapat nikmat,manfaat dan hasil dari nya maka terbitlah rasa bosan yang lama kelamaan pasti ada kemaksiatan yang bakal menghiasi...tapi jika sungguh kita menghargai masa,pasti kita tahu merangka sebuah perjalanan aktiviti untuk memenuhi masa..sekali lagi saya nak mengingatkan diri saya terutamanya yang sentiasa lalai dan leka dan para pembaca yang lain,kematian itu paling hampir dengan kita.jangan kerana terlalu sayangkan dunia hinggakan kita takut kematian lebih dari rasa takutkan kepada YANG MAHA ESA..
selagi ada masa,hargailah ianya dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah yang boleh menjadi tabungan kita semua di akhirat kelak.InsayaAllah,SEGALA YANG BAIK ITU DARI ALLAH SWT,yang yang lemah itu dari kelamahan kita sendiri...


Demi Masa!(1).Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian(2) .kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar(3).
(surah al-ashr 103:1-3)



 

✿BeYoNd My WoRds...✿ Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez